Dasar Pembangunan Nasional Hubungan Etnik Assignment

PENGENALAN

Ekonomi negara telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. Pertumbuhan ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi).

Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Antaranya adalah untuk menilai sejauhmana perlaksanaan dan keberkesanan dasar pembangunan dan dasar penstabilan seperti dasar fiskal, monetari dan perdagangan yang telah dilaksanakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1.            Menyatakan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Ekonomi Baru.

2.            Menerangkan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional.

3.            Menghuraikan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Wawasan Negara.

12.1    DASAR EKONOMI BARU

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990). Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5.

Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”, iaitu:

i.              Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii.             Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

12.1.1 ASPEK KEMISKINAN

Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

i.              Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.

ii.             Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.

iii.            Saiz isi rumah yang terlalu besar.

iv.           Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.

v.            Kekurangan input yang dapat meningkatkan  pengeluaran.

vi.           Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.

Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:

i.              Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.

ii.                Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.

iii.            Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.

iv.           Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

v.            Memodenkan kehidupan di luar bandar.

vi.           Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.

vii.          Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum.

viii.         Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

12.1.2 PENCAPAIAN DEB DALAM USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan beberapa strategi telah digariskan. Antaranya:

Pertama:        Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan Bandar

a.         Kemiskinan di luar bandar

Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebu kecil, penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang lain juga turut menunjukkan kekurangan.

b.         Kemiskinan di bandar

Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.

Kedua:            Pembasmian kemiskinan mengikut negeri

Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas bagaimana kadar kemiskinan di setiap negeri dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah DEB dipraktikkan dan seterusnya.

Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000

1976

1987

1995

2000

Negeri

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

 Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Pulau Pinang

Perak

Perlis

Selangor

Terengganu

W.P. Kuala Lumpur

Sabah

Sarawak

29.0

61.0

67.1

32.4

33.0

38.9

32.4

43.0

59.8

22.9

60.3

  9.0

58.3

56.5

11.1

31.1

31.6

11.7

21.5

12.3

12.9

19.9

29.1

  8.9

36.1

  5.2

35.3

  2.7

  3.1

12.7

22.9

  5.3

  4.9

  6.8

  4.0

  9.1

11.8

  2.2

23.4

  0.5

22.0

10.0

  2.5

13.5

18.7

  5.7

  2.5

  5.5

  2.7

  9.5

13.3

  2.0

14.9

  2.3

20.1

  6.7

Ketiga:            Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu Kehidupan

Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik. Misalnya, dalam aspek kesihatan kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan.

Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf.

Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan  bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat.

12.1.3 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.

Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:

i.              Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.

ii.             Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan   Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden.

iii.            Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing.

iv.           Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990.

12.1.4 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain perkhidmatan bantuan.

Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Antara kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dalam usaha ini ialah:

i.          Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum

Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $ 614 pada tahun 1987.

Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 17.3% (1987). Pada tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang tahun 2000, iaitu pencapaian daripada Rancangan Malaysia Ke-7, kadar kemiskinan di Malaysia hanya 7.5%.

Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila didapati inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990.

ii.         Penyusunan semula corak guna tenaga

Dalam kumpulan “Ikhtisas dan Teknik” didapati amat kurang kaum Melayu taupun melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.

iii.        Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat

Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan  ataupun memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini. Hak milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui

Hak milik modal saham (nilai PAR) syarikat-syarikat berhad (%)

Kumpulan Hak Milik

1971

1988

1990

2000

Pemastautin Malaysia

Bumiputera

Bumputera peseorangan

Agensi amanah

Bukan Bumiputera

Pemastautin Asing

     38.3

       4.3

       2.6

       1.7

     34.0

     61.7

75.4

19.4

13.0

  6.4

56.0

24.6

   76.3

   19.6

   13.6

     6.0

   56.7

   23.7

    59.4

    19.1

    17.4

      1.7

    40.3

    32.7

Jumlah (juta)

$654 j

$97 971 j

$111 273 j

$ 310 076.4 j

Sumber:   Malaysia Kita, INTAN, KL, 1991, hlm. 739. Dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-5 dan Rancangan Malaysia Ke-8

iv.        Pencapaian-pencapaian Lain

Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).

Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” .

12.2    DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang baru, iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh RangkaRancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh sepuluh tahun sahaja. Ia merupakan satu periga daripada Wawasan 2020 (1991-2020). Falsafah DPN menjadi teras RRJP2 dimana ia juga merupakan langkah permulaan bagi Wawasan 2020.

12.2.1 MATLAMAT UTAMA DPN:

Berikut adalah merupakan matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

i.              Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

ii.             Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

iii.            Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang.

iv.           Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

12.2.2 STRATEGI

DPN akan terus mengamalkan strategi asas DEB untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan sekali gus menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

i.              Mewujudkan keseimbangan di antara  pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

ii.             Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi dan pertumbuhan yang saksama.

iii.            Mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan Negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia.

iv.           Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

v.            Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cintakan negara.

vi.           Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

vii.          Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden.

viii.        

Selepas merdeka, kerajaan memberi perhatian berat terhadap usaha membangunkan negara, terutama di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga getah akibat persaingan daripada getah tiruan memperlihatkan struktur asas ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada dua jenis komoditi iaitu, getah dan biji timah. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagaikan asas ekonomi bagi mengatasi keadaan ini dengan memperkenalkan komoditi lain selain getah dan bijih timah.
a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan.Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar, terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. Rancangan ini memberi tumpuan pada dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.Rancangan ini menekankan matlamat berikut;
i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan
ii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar
iii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.
iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.
c) Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.
Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah;
i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.
ii. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran
iii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.
iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.


RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA(1971-1990)
a) Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969.
Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya;
i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.
ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.
Usaha-usaha membasmi kemiskinan;
i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.
ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.
iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.
v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)
RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.
c) Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB.
Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.
d) Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)
RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta.Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.



RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA 3
e) Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)
Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.
Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6
i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.
iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.
f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.

g) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.
Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.
h) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasi
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.



Categories: 1

0 Replies to “Dasar Pembangunan Nasional Hubungan Etnik Assignment”

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *